Sunday, April 18, 2010

Keistimewaan Kain Kapas (Cotton)

1. Kain kapas diperakui mempunyai keistimewaan yang tersendiri sejak zaman berzaman.

2. Pelbagai jenis fabrik dihasilkan daripada benang kain kapas. Antaranya sponge cotton, fine cotton, cotton poplin, cotton lawn, voile, sheeting, terry cloth, plisse, cotton cheers, chintz, sheeting, dan double knit.

3. Fabrik daripada kapas menjadi pilihan penggemar yang mengetahui kelebihannya. Antara keistimewaannya adalah:

- Fabrik yang lebih lembut

- Fabriknya sejuk

- Fabrik yang mudah menyerap peluh

- Memberi lebih keselesaan

- Sesuai dipakai untuk pada semua cuaca.

4. Penjagaannya juga tidak sukar seperti fabrik lain dan boleh dipakai lasak. Kain kapas boleh dibasuh dengan tangan atau mesin basuh.

5. Adalah disyorkan supaya mengelakkan dari dijemur di tengah panas. Semasa menggosok renjiskan sedikit dengan air. Ini akan menjadikan warnanya tahan lama dan segar.

No comments:

Post a Comment