Wednesday, January 1, 2020

Selamat Datang Ke Butik Biru Seroja

1. Penubuhan Biru Seroja adalah untuk memastikan keunikan baju kurung yang diwarisi sejak zaman berzaman terus berkesinambungan.

2. Baju kurung merupakan baju yang mempunyai nilai warisan dan kesopanan yang tinggi. Ianya menjadi perlambangan sebuah tradisi untuk setiap pemakai.

3. Biru Seroja mempunyai visi untuk meneraju jenamaan baju kurung di peringkat yang lebih tinggi. Dengan tenaga tukangan baju yang terbaik dan ciri-ciri pembuatan yang halus, kami yakin para pelanggan akan menghargai setiap baju yang disiapkan oleh kami. Ianya lebih kepada nilai seni warisan yang akan melebihi nilaian ringgit yang dikeluarkan.

4. Kami menjanjikan penawaran corak baju yang eksklusif untuk setiap pelanggan. Ciri-ciri jahitan dan pertukangan fesyen yang halus dan manual, akan menjadikan setiap baju kurung yang ditempah mempunyai keistimewaan, ditambah ciri-ciri lain yang kami perhalusi pada setiap jahitan.

5. Biru Seroja percaya, baju yang terbaik dari pertukangan jahitan terbaik akan menyerlahkan karismatik dan intelektual pada pemakainya.

Sunday, April 18, 2010

Corak Eksklusif Terkini

1. Kesemua kain dibawah dari jenis: Cotton berkualiti tinggi.
2. Harga yang tertera adalah untuk harga untuk sepasang baju yang siap dijahit.
3. Sempena pembukaan jualan butik on-line ini, Biru Seroja mempromosikan potongan harga bagi tawaran awal 11 corak kain yang eksklusif untuk pelanggan.


1004-11: Mahadewi
RM299 (Harga Promosi Kini: RM245)
* Sold to Elza - Kota Kinabalu (20-4-2010)





1004-12: Permaisuri Series III
RM299 (Harga Promosi Kini: RM245)
*Sold to Pn. Lynn - Johor Bahru (30-4-2010)


1004-09: Mega Konklusi
RM299 (Harga Promosi Kini: RM245)
* Corak ini sedang dijahit dalam saiz M


1004-03: Permaisuri Series I
RM249 (Harga Promosi Kini: RM190)


1004-08: Permaisuri Series II
RM249 (Harga Promosi Kini: RM190)



1004-06: Rona-rona Kasih
RM249 (Harga Promosi Kini: RM190)


1004-05: Nigina
RM249 (Harga Promosi Kini: RM190)

*Sold to Pn. Shikin - Johor Bahru (30-4-2010)


1004-02: Lembayung Biru
RM249 (Harga Promosi Kini: RM190)


1004-07: Flora Kasima
RM249 (Harga Promosi Kini: RM190)



1004-04: Belaian Sukma
RM249 (Harga Promosi Kini: RM190)
*Corak ini sedang dijahit dalam saiz M


1004-01: Gemala Sakti
RM249 (Harga Promosi Kini: RM190)

Keistimewaan Kain Kapas (Cotton)

1. Kain kapas diperakui mempunyai keistimewaan yang tersendiri sejak zaman berzaman.

2. Pelbagai jenis fabrik dihasilkan daripada benang kain kapas. Antaranya sponge cotton, fine cotton, cotton poplin, cotton lawn, voile, sheeting, terry cloth, plisse, cotton cheers, chintz, sheeting, dan double knit.

3. Fabrik daripada kapas menjadi pilihan penggemar yang mengetahui kelebihannya. Antara keistimewaannya adalah:

- Fabrik yang lebih lembut

- Fabriknya sejuk

- Fabrik yang mudah menyerap peluh

- Memberi lebih keselesaan

- Sesuai dipakai untuk pada semua cuaca.

4. Penjagaannya juga tidak sukar seperti fabrik lain dan boleh dipakai lasak. Kain kapas boleh dibasuh dengan tangan atau mesin basuh.

5. Adalah disyorkan supaya mengelakkan dari dijemur di tengah panas. Semasa menggosok renjiskan sedikit dengan air. Ini akan menjadikan warnanya tahan lama dan segar.